Assalamulaikum.
Pada pagi yang sahdu ni..aku mengambil masa sedikit untuk menulis.Pagi ni cuti kerana Hari kemerdekaan ke 52(Isnin 31 Ogos 2009).Pada 25.8.2009 yang lalu aku menjadi pengawas peperiksaan PTK dari 25 hingga 27 Ogos 2009 di Sekolah Menengah Sultan mansor.Sebaik sahaja aku memasuki bilik ketua pengawas PTK,aku terlihat seornag pemuda senyum di sudut bilik.matanya memandang kepadaku.lalu aku menyahut salam buatnya.Pakaiannya kemas dan segak orgnya.Aku ketika itu sibuk menyusun kertas soalan PTK yang pelbagai Kod.Maklumlah kertas calon tak sama.Sungguh sibuk ketika itu.Pemuda itu terus memandang aku.Dalam hatiku siapakah pemuda itu?Apakah dia adalah kawan2 lama ku atau dia calon PTK Menumpang?Hatiku tertanya2.Sebaik sahaja kerjaku selesai.Aku terus menghampirinya lalu aku menghulurkan tangan.Terkejut aku kerana tiada reaksi darinya.Lalu aku mendakap tangannya...rupa-rupanya dia adalah seorang calon PTK yang rabun.Oh tuhanku,besarnya nikmatmu yang diberikan kepadaku sehingga sekarang aku masih boleh celik dan melihat keindahan alam kebesaranmu.beliau hadir tepat jam 8.00 pagi sedangkan masa peperiksaan bermula pada jam 9.00 pagi.Berbekalkan sebatang tongkat beliau boleh hadir ke kelas peperiksaan seawal waktu.Aku malu padanya...
Tepat jam 9.00 pagi.Peperiksaan pun bermula.Tiba-tiba cikgu itu menyapa "cikgu,boleh cikgu baca soalan PTK untuk saya,saya rabun...tetapi sekarang dah tak nampak apa2".Aku terus mengalir air mata terus membalas sapaan itu dengan nada yang penuh keinsafan."Tak pe,nanti cikgu akan baca"."Terima kasih cikgu "lembut jawapannya.nanti ...sambung
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Terima kasih kerana memberi pandangan/pendapat.Sekian