Saturday, November 14, 2009

Kursus Asas Pengawetan dan Penjilidan Bahan untuk PKG Negeri Terengganu

Kursus Asas Pengawetan dan Penjilidan Bahan untuk PKG Negeri Terengganu telah diadakan di BTPN Terengganu pada 9 – 11 November 2009. Kursus ini dihadiri oleh 10 orang Pegawai Teknologi Pendidikan (PTP) dan lapan Pembantu Tadbir N17 daripada Pusat Kegiatan Guru Negeri Terengganu. Fasilitator yang dijemput khas dari Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu iaitu En. Zulaizan dan En. Azman telah menerangkan tentang kaedah jilidan, awetan bahan serta kaedah pembaikan kecil. Peserta-peserta juga diajar cara-cara menyediakan kertas hujungan, jahitan kuras berbilang, merepang, memasang bebat, memasang pelapik, memasang gruf, memasang papan jilidan, memasang pembalut buku dan juga teknik jilidan lembut. Satu sesi lawatan ringkas ke Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu juga telah diadakan. Penolong Pengarah Arkib Negara Malaysia Cawangan Terengganu, Tn. Hj Wan Husin Wan Mohammad telah menyampaikan sijil kepada semua peserta-peserta pada hari akhir kursus.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan/pendapat.Sekian