Sunday, December 6, 2009

Siaran Astro di Sekolah mulai Februari 2010


        Taklimat kampus astro: Bersama Komuniti Sekolah diadakan pada 2 Disember 2009 bertempat di DewanSeminar BTPN Terengganu. Taklimat ini dihadiri oleh Pegawai Teknologi Pendidikan PKG Terengganu,Pegawai BTPN serta pegawai daripada Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu dan PejabatPelajaran Daerah. Taklimat ini diadakan sebagai persiapan dan pendedahan awal kepada semua pegawai yang terlibat sebelum pemasangan ASTRO dijalankan bermula di PKG diikuti sekolah-sekolah seawalJanuari 2010. Pemasangan ini meliputi satu set lengkap perkakasan kampus astro. kampus astro mengandungi 13 saluran terdiri daripada Saluran Akademik, Kemahiran Hidup, Aktiviti Luar dan Bersama Komuniti. Semua saluran ini dapat dimanfaatkan untuk tujuan pengajaran-pembelajaran dengan konsep 3R iaitu Rancang, Rakam dan Reka.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan/pendapat.Sekian