Monday, March 1, 2010

UCAPAN SELAMAT TINGGAL PKG

Assalamualaikum dan salam sejahtera.
          Pada hari ini,saya dah mula kemas barang-barang dalam bilik.Surat Tawaran lantikan DG41 dah sampai.so saya akan ditempatkan di mana2 sekolah yang memerlukan khidmat saya.Saya akan teruskan kerjaya saya sebagai Guru."Guru oh Guru".

Hampir 5 tahun ,saya bertugas sebagai Pegawai Teknologi Pendidikan.Alhamdulillah adalah sedikit ilmu dan pengalaman untuk menguruskan Pusat Sumber Sekolah dan Nilam di sekolah nanti.Pengalaman yang amat berharga ini tak kan saya sia-siakan.Saya akan majukan sekolah ke arah yang lebih cemerlang.Insyaalah.

Kepada semua sahabat.Saya ucapkan bebanyak terima kasih atas kerjsama dan komitmen anda telah membantu saya menjalankan tugas sebagai PTP dengan lebih berkesan.Tak lupa juga, Bahagian Teknologi Pendidikan Negeri Terengganu dan semua PKG Terengganu yang melatih,memdidik,mengajar dan banyak memberi ilmu kepada saya.Pengorbanan kalian ,hanya Allah jua mampu membalasnya.

Sekian terima kasih.

No comments:

Post a Comment

Terima kasih kerana memberi pandangan/pendapat.Sekian